Pengenalan Kepada Rangkaian (Network):
- Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri daripada komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.
Jenis Rangkaian Komputer:
- Rangkaian komputer - Suatu set peranti(nod) pengkomputeran yang disambungkan oleh media komunukasi yang merangkumi suatu kawasan.
~ ~> Nod : Komputer,pencetak,modem atau apa-apa sahaja peranti
yang boleh menghantar atau menerima data yang
dijanakan oleh nod lain.
yang boleh menghantar atau menerima data yang
dijanakan oleh nod lain.
- Fungsinya : Membolehkan perkongsian perkakasan dan perisian disamping mengagihkan tugas pengkomputeran.
- Rangkaian komputer yang menggunakan media gelombang radio diistilahkan sebagai "wireless" - boleh melibatkan transmisi siaran radio,mikrogelombang atau satelit.
- Rangkaian kawasan peribadi "Personal area network/PAN" - rangkaian yang meliputi kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti "wireless" seperti PDA,laptop,telefon selular dan lain-lain.
- Rangkaian kawasan setempat "Local area network/LAN" - rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang kecil merangkumi suatu bilik,bangunan atau kampus.
- Rangkaian kawasan metropolitan "Metropolitan area network/MAN" - rangkaian yang meliputi kawasan seluas 3 - 30 batu (saiz suatu kawasan).
- Rangkaian kawasan seluas "Wide area network/Wan" - rangkaian besar meliputi sebahagian negeri-negeri,negara dan dunia.
~ ~ > Stesen kerja (PC)
- Rangkaian terdiri daripada pelbagai peranti, termasuklah :
~ ~ > Komputer pelayan/server
~ ~ > Hub dan Switch (bridges)
~ ~ > Router (LAN - WAN dan WAN - WAN)
~ ~ > Alat pensuisan telefon
Sambungan pelbagai jenis rangkaian
Konfigurasi Asas Rangkaian Komputer
- Terminal/mikrokomputer ke kerangka utama.
- PC ke LAN
- PC ke Internet
- LAN ke LAN
- Pan ke stesen kerja
- LAN ke MAN
- LAN ke WAN
- Pengesan (Sensor) ke LAN
- Satelit dan Mikrogelombang
- Telefon berwayar dan "wireless" ke rangkaian
Konfigurasi Rangkaian :
~ ~ > Popular dalam tahun 60-an dan 70-an
- Terminal ke kerangka utama
~ ~ > Masih digunakan untuk kemasukan dan capaian data
~ ~ > Sambungan kelajuan rendah
2. PC ke LAN~ ~ > Lazimnya di universiti dan perniagaan
~ ~ > Sambungan kelajuan sederhana-tinggi
~ ~ > PC perlu ada kad antaramuka rangkaian (NIC)
~ ~ > NIC disambungkan kepada peranti seakan Hub
3. PC ke Internet
~ ~ > Popular untuk pengguna di rumah dan perniagaan kecil.
~ ~ > Lazimnya guna "dial-up modem" untuk sambungan ke ISP (Internet
Service Provider).
~ ~ > Teknologi lebih baru seperti DSL (Digital Subscriber Line) akan
menggantikan modem.
4. LAN - LAN
~ ~ > Digunakan di organisasi yang mempunyai 2 LAN yang perlu
berkomunikasi
~ ~ > Peranti seakan (Switch) digunakan untuk menyambungkan LAN - LAN
~ ~ > Peranti ini boleh menapis kerangka data
5. PAN ke stesen kerja
~ ~ > Sambungan peranti "wireless" seperti PDA,komputer riba dan
MP3 Player ke stesen kerja.
~ ~ > Jarak dekat : beberapa meter
6. LAN ke WAN
~ ~ > Cara paling lazim diguna untuk sambungkan pengguna stesen kerja
pada LAN ke internet.
~ ~ > Router digunakan sebagai penyambung LAN ke WAN.
~ ~ > Router peranti yang lebih kompleks dari bridge/switch.
7. WAN ke WAN
~ ~ > Router dan switch berkelajuan tinggi digunakan untuk
menyambungkan WAN ke WAN yang lain dari pelbagai
benua.
8. SENSOR ke LAN
~ ~ > Biasa ditemui dalam persekitaran industri dan makmal.
~ ~ > Sensor disambung ke LAN.
9. Satelit dan Mikrogelombang
~ ~ > Sambungan "wireless" jarak jauh.
~ ~ > Meliputi pelbagai aplikasi seperti panggilan telefon jarak jauh,
televisyen dan perkhidmatan data "wireless".
~ ~ > Mahal kosnya tetapi syarikat menawarkan perkhidmatan dan kadar
kompetetif untuk bersaing.
10. Telefon berwayar dan "wireless" ke rangkaian
~ ~ > PCS (Personal Communication System).Kedua perkhidmatan PCS
generasi yang terdapat di kebanyakan kawasan dan di bawah banyak
jenis pelan.
~ ~ > Perkhidmatan generasi awal akan datang untuk menggantikan PCS
telefon.
Perkongsian Dokumen
~ ~ > Rangkaian korporat mengguna pelayan fail tetapi internet biasanya
- Perkongsian bermaksud untuk dapat dan menggunakan sesuatu pada masa yang sama dengan orang lain.
- ”Perkongsian Fail” ialah amalan yang membenarkan fail mampu dicapai oleh pengguna lain menerusi internet atau rangkaian kecil.
- Ini boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah :
menggunakan model peer-to-peer (P2P),dimana fail disimpan dan
dilayan oleh komputer peribadi pengguna.Kebiasaannya pengguna
yang berkongsi atau muatnaik fail dalam internet dan menerima atau
muat turun fail.
Menerima dokumen di Rangkaian Kawasan Setempat
- Untuk aktiviti ini, lebih dari satu komputer perlu aktif dalam rangkaian.
- Aktiviti ini boleh dilakuan jika pengguna telah menetapkan kebenaran perkongsian komputernya untuk menerima dan menghantar fail atau folder.
- Contoh yang diberikan di dalam aktiviti mungkin berbeza dengan antaramuka komputer anda. Anda boleh menggunakan fail atau foder yang bersesuaian.
I















No comments:
Post a Comment